Sinopsis Kursus EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa :
Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan
dan cabaran semasa, tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan
guru serta cara-cara menanganinya, inovasi dalam pendidikan serta pengurusan
perubahan.
Hasil Pembelajaran Edu 3109 :
Hasil Pembelajaran Edu 3109 :
- Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru-guru.
- Membuat refleksi tentang cara menangani isu dan cabaran semasa.
- Mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.
- Mengenal pasti tekanan emosi guru dan langkah menanganinya.
- Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan.
- Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.
Hasil Pembelajaran Topik:
- Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam pendidikan.
- Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif.
- Mengemukakan reka bentuk penaksiran dan penilaian yang inovatif.
Kerangka Konsep
- Definisi reka bentuk resos
- Ciri-ciri reka bentuk resos
- Tujuan, model aspek, pendekatan reka bentuk resos
- Peringkat reka bentuk resos
- Kelebihan resos
- Reka bentuk resos bersumberkan teknologi
Reka Bentuk Pentaksiran dan Penilaian
- Konsep pentaksiran
- Konsep penilaian
- Perbandingan pentaksiran dan penilaian
- Ciri-ciri penaksiran dalam bilik darjah
- Proses pentaksiran
- Sistem pentaksiran persekolahan kebangsaan
-
Jenis-jenis penaksiran- Penaksiran prestasi- Penaksiran berasakan portfolio- Penaksiran kendiri- Penaksiran berasaskan komputer
- Perbandingan penilaian sumatif dan formatif
Tujuan Penghasilan Blog :
Blog ini mengandungi
himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan
& pendapat kami untuk tatapan semua. Tujuan utama blog ini diwujudkan
adalah untuk memenuhi syarat tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) PISMP
Semester 8 Ambilan Januari 2009 bagi subjek EDU 3109 (Guru dan Cabaran Semasa). Blog ini juga akan membincangkan sub tajuk reka bentuk resos dan reka bentuk pentaksiran dan penilaian dengan lebih mendalam. Blog ini juga akan memaparkan thinking maps berdasarkan dua sub tajuk tersebut iaitu reka bentuk resos dan reka bentuk pentaksiran dan penilaian. Selain itu, blog ini dihasilkan bagi memberi pendedahan ilmu dan menjadi wadah perkongsian
pendapat yang bernas dengan anda semua
mengenai isu dan cabaran guru masa kini. Ilmu yang berguna eloklah
dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat
kepada semua yang sudi melayarinya.
Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah
bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat
diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku."
(Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim) Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan
dariku walaupun satu ayat."
Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang
artikelnya kami petik dan masukkan di sini, kami memohon kebenaran dan diharap
tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya kami akan "quote"
artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis
asal tidak lari atau menyeleweng.
Hanya Keampunan
& Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat
diri kami. Selamat melayari blog ini. Komen, ulasan dan respons anda amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment